Sabtu, 10 Disember 2011

7 Keajaiban Dunia


Tau tak korang yang 7 keajaiban dunia bukanlah berjumlah 7 sumenya? Ya, setiap masa 7 keajaiban ini akan bertambah dan pelbagai kategori dicipta untuk membezakan setiap penemuan tersebut. Jadi sebagai permulaan biarlah kita kenal dulu 7 keajaiban dunia yang mula2 diisytiharkan dan kini dipanggil 7 Keajaiban Dunia Purba.

Piramid Giza


Juga dikenali sebagai Piramid Khufu dan Piramid Cheops, ia merupakan piramid tertua, terbesar dan satu2nya daripada 7 keajaiban dunia yang masih kekal seperti bentuk asal. Terletak di selatan Sungai Nil, Cairo, ia setinggi 450 kaki dan seluas 13 ekar tanah. Dibina pada zama Firaun Khufu sekitar 2560 sebelom Masihi, ia juga unik kerana setiap sisinya mengorientasikan ke arah 4 arah utama iaitu utara, selatan, timur dan barat.
Patung Gergasi Zeus


Patung Zeus dibina sekitar 457 SM di bandar Yunani kuno Olympia, di mana Sukan Olimpik pertama diadakan. Patung ini terletak di sebuah kuil yang dibina untuk menghormati Tuhan Zeus. Struktur melibatkan patung Zeus duduk di atas takhta kerajaan, berpakaikan jubah emas dengan megahnya. Kuil, bersama-sama dengan patung, hancur dalam kebakaran besar pada 462 AD. Ape yang ade hari ini adalah serpihan kuil yang jatuh dan dasar asal strukturnya.

 Taman Tergantung Babylon


Terletak di Babylon di Iraq, Taman Tergantung dibina pada tahun 600 SM oleh raja Nebukadnezar II. Taman ini dibina untuk salah satu isterinya, Amuhia yang mendambakan pohon dan tanaman harum di tanah air Parsi. Tersebar di kawasan seluas 400 meter persegi dan tergantung sekitar 75 meter di atas permukaan tanah, ia hancur setelah abad ke-2 SM, disebabkan beberapa gempa bumi. Memang cantik dan menakjubkan!

Makam di Halicarnassus


Makam Halicarnassus adalah makam Maussollos, seorang raja wilayah Empayar Parsi dan isterinya, Artemisia, yang dibina antara 353 dan 350 SM, di Halicarnassus, bandar Bodrum sekarang di Turki. Struktur setinggi 135 kaki ini direka oleh arkitek Yunani, Pythius dan Satyrus. Monumen menakjubkan ini hancur dalam gempa bumi pada abad 15. Hanya beberapa serpihan dan asas makam ade pada hari ini.

Kuil Artemis



Kuil Artemis, juga disebut Kuil Diana, adalah kuil Yunani yang terletak di bandar Yunani di Efesus, di pantai barat Turki. Dibangun sekitar 550 SM, ia memiliki atap kayu yang tertutup dan tempat perlindungan marmar. Sementara candi asli dibakar di 356 SM, kuil kedua dibina di atas dasar yang sama hancur oleh kebakaran di 262 AD. 

The Colossus of Rhodes 


Pembangunan Colossus mengambil 12 tahun dan telah selesai pada 282 SM. Ianya adalah patung Dewa Matahari (Helios) dibuat dari gangsa dan diperkuatkan dengan besi. Patung besar berketinggian 32M ini berdiri di pelabuhan Mandrakion. Selama bertahun-tahun, patung itu berdiri di pintu masuk pelabuhan, sampailah gempa kuat melanda Rhodes sekitar 226 SM. Bandar ini rosak teruk, dan Colossus rosak pada titik terlemahnya iaitu di lutut.
 
Rumah Api Alexandria

 

Dikenali juga sebagai Pharos Alexandria, ia adalah menara yang dibina di 270 SM di pulau Pharos kuno di pelabuhan Alexandria di Mesir, dengan tujuan membimbing pelaut ke pelabuhan pada waktu malam. Dengan ketinggian sekitar 400 kaki di atas tanah, struktur menara adalah buatan manusia tertinggi di Bumi selama berabad-abad. Ia mempunyai cermin yang boleh memantulkan sinar matahari ke jarak yang sangat panjang. Dibina pada masa pemerintahan Raja Ptolemy II dan direka oleh arkitek Sostratus Greek, rumah api ini hancur secara berperingkat oleh sejumlah gempa bumi pada abad ke 14. Rumah Api Alexandria juga merupakan yang terkini dari semua enam keajaiban dunia yang telah menghilang. 

*******************************

Namun yang lebih menjadi keutamaan aku tentulah 7 Keajaiban Semula Jadi macam kat bawah ni. Ciptaan tuhan la katekan. 

 

Menakjubkan bukan. Selain ni ade lagi kategori yang terus menerus diperkenalkan seperi Keajaiban Moden, Keajaiban Tarikan Pelancongan, Keajaiban Baru, Keajaiban Dalam Air. Macam-macam...

Tahun 2011, senarai 7 keajaiban dunia baru pon dicadangkan dan diundi. Ade yang pertama kali masuk list,ade yang stay dan ade gak yang tersenarai lagi. Nak wat camane, dah setiap tahun asyik bertukar je. Last2 bende yang dipanggil 7 je ni akan jadi beribu-ribu. Apepon sume tempat ni sangat menarik, dan anda patut melawat tapi jangan tanya aku sebab aku takde ongkos untuk pergi ke tempat camni buat masa ni.


sumber;
id.wikipedia.org
qaiyimdotcom.blogspot.com
gpfandhra.blogspot.com
www.icbse.org
www.buzzle.com
radensomad.com

Sabtu, 22 Oktober 2011

MATEMATIK

Apakah Matematik dan Kenapa Kita Perlu Matematik?

Matematik ialah suatu ilmu yang berkaitan dengan nombor. Nombor yang memberi nilai. Matematik menjadi asas kepada banyak bidang ilmu di dunia ini. Matematik juga boleh menerangkan fenomena semulajadi alam ini. Sebagai contoh, kejadian malam dan siang. Dalam memahami kejadian ini, para saintis menggunakan ilmu astronomi yang mana ilmu ini memerlukan matematik sebagai asas yang utama. Begitu juga kejadian pasang surut air, gerhana matahari, ribut taufan , banjir, semuanya menggunakan matematik untuk menerangkannya.

Cuba bayangkan hidup kita tanpa matematik. Kita tidak tahu apa itu matematik.Tidak tahu nombor, sukatan, dan berbagai-bagai lagi istilah matematik yang lain. Kita juga tidak tahu apa itu tolak, tambah, bahagi dan darab. Hidup kita seumpama manusia zaman purba yang tidak tahu menilai sesuatu benda.

Alangkah huru-haranya kita kalau tidak tahu matematik. Banyak perkara di dunia ini kita tidak dapat lakukan. Aktiviti rutin kita juga akan terganggu. Perkembangan ilmu seperti ilmu jurutera, senibina, perubatan, ekonomi dan sebagainya juga akan menghadapi jalan buntu.

Menyedari betapa pentingnya ilmu matematik maka perlulah kita menanamkan minat yang sewajarnya kepada matematik. Selain untuk diaplikasikan dalam kehidupan matematik juga merupakan satu senanam untuk minda kita supaya kita tidak jumud dan beku untuk berfikir. Syukur kerana Allah telah mengkurniakan kita akal fikiran yang amat sesuai sekali untuk kita gunakan bagi mempelajari ilmu matematik.

Ilmu matematik adalah berkaitan dengan minda manusia. Kebanyakan tokoh-tokoh yang banyak menyumbangkan kemodenan dan penemuan baru dan berguna kepada dunia adalah mereka yang mempunyai kepakaran yang tersendiri dalam matematik seperti Ibnu Sina, Ibnu Khaldun, dan Isaac Newton. Oleh sebab itulah, matematik seringkali dikaitkan dengan konsepsi pemikiran manusia iaitu matematik mempunyai hubungan yang rapat dengan minda manusia.

Orang yang mudah menguasai matematik biasanya seorang yang kreatif. Mereka berupaya menyelesaikan matematik yang susah dan mengelirukan berdasarkan pengetahuan dan kreativiti mereka. Boleh dikatakan matematik ialah satu seni yang diterbitkan daripada kreativiti, imaginasi seseorang hinggalah ia berkembang menjadi satu ilmu yang sangat berguna kepada manusia hingga ke zaman moden ini.

Betapa pentingnya matematik itu boleh kita lihat dalam kehidupan seharian kita. Kita guna matematik untuk membuat keputusan dan banyak perkara. Contohnya dalam membuat belanjawan. Kita akan memerlukan kemahiran dalam kira-kira asas matematik iaitu operasi tambah, tolak, darab dan bahagi. Kita perlu mengira berapa banyak wang yang kita akan keluarkan dengan menggunakan operasi tolak dan mengunakan operasi tambah bagi memasukkan pendapatan baru dalam belanjawan kita.

Dalam kehidupan seharian, kita tidak akan terlepas daripada membuat sukatan. Sukatan merupakan salah satu daripada cabang matematik. Terma-terma seperti meter, liter, persegi, kaki dan padu perlu dikuasai dengan berkesan. Barulah kita dapat melakukan sukatan dengan betul. Kita juga menggunakan sukatan untuk menyukat makanan, melaksanakan jual-beli dan menentukan isipadu barangan di kilang-kilang.

Kejuruteraan merupakan satu bidang ilmu yang sangat penting dewasa ini. Ia merupakan tunjak utama bidang perindustrian. Ia menjadi asas penghasilan teknologi baru dalam kehidupan kita. Jurutaralah yang mencipta alatan keperluan di rumah kita seperti mesin basuh, televisyen, radio, komputer, dan sebagainya. Untuk mencipta alatan seperti peti sejuk yang kita gunakan sekarang bukanlah sesuatu yang senang. Ia memerlukan pengetahuan yang tinggi dalam bidang kejuruteraan. Manakala bidang kejuruteraan pula memerlukan pengetahuan yang tinggi dalam ilmu fizik iaitu salah satu sub bidang ilmu sains yang sangat penting dalam kejuruteraan. Sebagaimana yang kita tahu ilmu fizik merupakan satu ilmu yang sangat memerlukan asas matematik yang kukuh. Perkembangan ilmu fizik adalah selari dengan ilmu matematik. Matematikyang menjadi tunjak utama dalam fizik. Ilmu fizik mengaplikasikan matematik peringkat tinggi yang memerlukan penguasaan yang kukuh dan jitu.

Contoh penggunaan matematik dalam kejuruteraan ialah penggunaan sudut dan trigonometri untuk mencipta suatu alatan, penggunaan pembezaan dan pengamiran dalam mengukur kelajuan cahaya dan elektrik. Begitu untuk mengukur amaun elektrik yang diperlukan untuk menjanakan sesustu alatan elektrik.

Bidang kedoktoran juga memerlukan matemetik. Sukatan dos ubat untuk sesuatu penyakit dikira dengan teliti mengunakan formula matematik. Sewaktu pembedahan ukuran untuk lakukan bedahan adalah dikira dengan teliti dengan menngunakan matematik.

Dalam bidang sains seperti kimia dan biologi juga memerlukan matematik. Dalam kimia matematik digunakan untuk mengira bilangan molekul dan unsur dalam sesuatu sebatian. Untuk mengira nombor jisim dan isotop juga memerlukan formula matematik.

Statistik juga memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita. Statistik digunakan untuk menyajikan data yang dikumpul daripada manusia supaya manusia dapat faham dan guna untuk buat keputusan dalam beberapa perkara yang penting dalam kehidupan kita. Statistik adalah sebahagian daripada matematik. Bidang ini menumpukan kepada pengiraan nilai-nilai unik dalam matematik seperti min, median dan mod untuk menggambarkan ciri-ciri sesuatu sampel atau populasi.

Matematik juga penting dalam perniagaan dan ekonomi. Matematik digunakan untuk menentukan untung, berapa keluaran yang perlu dikeluarkan, titik pulang modal, harga dan kuantiti keseimbangan dalam perniagaan dan ekonomi.

Sebelum kita menguasai dunia kita hendaklah menguasai asas - asas dalam matematik.

MENGENAL NOMBOR 1 HINGGA 10
Ini merupakan salah satu kaedah yang boleh menarik minat murid dengan menyanyikan lagu mengikut irama yang mengandungi nombor dan ejaan nombor. InsyaALLAH murid akan seronok dan sentiasa mendendangkannya. Secara tidak langsung murid akan memperingati nombor dan ejaan nombor yang dipelajari.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...